Seizure involving stiffening and jerking of muscles
3.1.21
Harini kawan saya J talipon saya, nak mintak rawat kakak dia F .
Sejak 2 minggu ni tangan kanan F, tiap beberapa jam akan tarik sehingga ke muka kanan , sekali dgn mata, jari2 menggeletar, selama 1 minit dan kadang2 lebih.
Tangan kanan dia terkulai, tak boleh diangkat langsung. Takde daya. Tangan kiri kena bantu angkat
Saya tanya J, "Dah check hospital? "
Dia kata "Dah buat MRI, tak jumpa apa2. Doktor kata dia ok je."
Saya tanya,"Dia ada Parkinson ke? "
J kata, "Takde"
4.1.21
F, kakak J datang harini dipapah olih suami dan 2 orang anak. Dia lemah, pucat dan berjalan lambat.
Umur 66 tahun. Sugar level 15. Dah lama diabetic.On medication.
Mengikut suaminya, sejak 2 minggu ni ,dia kerap tarik2, tangan kanan kejang, mengeras, tarik sampai kemata, dan jari2 tremor.
Ketika berlaku seizure tu, suaminya akan tekan bahagian antara ibujari dan jari telunjuk (hegu) sehingga F pulih sediakala.
Saya baringkan F dan mula acupuncture dia di meridian yg dia sakit (ashi point). Setelah itu, saya biarkan dia rehat sambil jarum2 acupuncture tu alirkan Qi kedalam badannya.
Suami dia standby, incase F tarik2. Alhamdulillah dia ok sepanjang rawatan.
Setelah 1/2 jam, saya remove jarum2 acupuncture.
Selesai saja, tetiba F tarik2.
Suaminya picit bahagian ibujari.
Saya puncture hujung jari dia dan keluarkan darah.
Lepas tu dia reda. Faham lah saya apa yg mereka maksudkan tarik2 tu.
Selesai sudah rawatan F utk kali ini.
F dah nampak segar dan senyum berseri. Rasa sihat sikit katanya. Tangan dah bolih angkat sedikit tanpa ditolong olih tangan kiri.
Jalan pun dah lebih kuat dan laju, kata suaminya. Masih dipapah utk ke kereta.
Alhamdulillah, moga Allah kabulkan hajat mereka.. aamiin.
Saya sarankan F sambung rawatan lagi seminggu .
6.1.21
2 hari selepas hari itu, saya dapat feedback dari J. Masa tu itu saya dan adik saya sedang berurusan di pejabat ASBN, Ipoh.
Gembira nya saya mendapat berita. Terubat stress saya.. Alhamdulillah.
Ini isi kandungannya :
J : Assalam kak laili...akupunture yg kak laili buat atas akak dah ada perubahan. Alhamdulillah dn jzkk kak laili. Ini message yg dibagi oleh anak buah..
Anak F: Alhamdulillah mak Andak. Yg tangan mama kena tarik tu, setakat harini takde lagi dah. Dah boleh angkat tangan tu.
Mak cik laili ada cakap kena buat lagi acupuncture tu. Ingat nak buat bekam jugak. Aunty laili ada suggest jugak.
ALHAMDULILLAHI RABBIL A'LAMIN
8.1.21
Harini F sambung rawatan. Suami dia tak datang harini sbb dah konfiden F takkan tarik2 lg. F datang dgn 2 orang anak perempuannya.
Tangan kanan F dah bolih diangkat 30 darjah tanpa bantuan tangan kiri, Alhamdulillah.
Rawatan harini :
1.Partner saya urut kepala, leher, bahu dan belikat dia.
2. Saya ulang acupuncture
3. Partner saya lagi sorang , Mas Ayu, bekam 3 point di kepala dia.
Alhamdulillah, selesai rawatan, F nampak sihat, sembang kencang dan tangan kanan dah bolih angkat tinggi melepas bahu.
Ketika keluar dari Centre kami utk pulang, F tak perlu dipapah. Syukur Alhamdulillah.
Next rawatan minggu depan ...acupuncture, urut dan bekam belikat dan tangan pula insya Allah.
Dah bermula PKP, tak bolih rentas daerah. Tak tau la macam mana sbb mereka tinggal di Shah Alam.
Doakan utk F.
klik What is tonic-clonic-grand-mal-seizures
No comments:
Post a Comment