Thursday, 28 August 2014

HERBAL DENGGI

Sawi langit...Vernonia cinerea


Ini kisah pengalaman ... 





















Ketika ibu diserang denggi, seorang aunty dikatil sebelah selalu minum air hijau, katanya ubatan herba. 
Satu hari, anak lelakinya bawa pokok ini kepada ibu dan bagitahu ibu, kaum cina selalu guna pokok ini sebagai rawatan denggi. Tujuannya untuk menambah platelet pesakit. 
Kami pun cuba. 
Alhamdulillah, sehari selepas mencuba, platelet ibu naik, dan esoknya di discharge dari ward.


















Ketika suami diserang denggi, ibu kirimkan sekotak pokok ini yg dikutipnya di tepi2 rumah.Alhamdulillah, denggi suami juga pantas kesembuhannya.
Di kesempatan ini, saya share ilmu yg kami dapati dari aunty dan keluarganya. 
Kita berusaha, Allah juga yg berkuasa untuk memberi kesembuhan.
Cara makan..
Kisar pokok sehingga akar umbi dengan brown sugar. Kemudian tapis, dan minum.
 Rasanya?
 Suami kata, rasanya macam air tebu. 
Berapa sudu gula? Secukup rasa. 


Tuesday, 26 August 2014

KUPAS DELIMA


 Leceh nak dapatkan isi delima?? 

...cuba cara mudah ini.


Khasiat nya ?? ..Macam2...makan dulu...




KLIK...khasiat-delima